Monday, April 27, 2009

Cara menggulung wayar Notebook

Ramai pembaca di sini sudah biasa menggunakan notebook samada pemberian Universiti mahupun hak milik peribadi. Namun ramai yang tidak tahu penjagaan sebenar dan kaedah menggulung wayar elektrik untuk notebook ini. Kabel wayar yang selalu digunakan untuk peralatan elektrik biasa, sememangnya disaluti tebal bagi mengelakkan ianya patah namun bagi notebook, wayarnya terlalu nipis, mudah terlipat dan lama-kelamaan hasilnya menjadi begini.

cable notebook

ataupun sebegini

cable notebook

Memang tiada niat sesiapa untuk merosakkan peralatan sebegini. Pengajaran menggulung kabel untuk mengelakkan terputus pun perlu di tunjuk ajar. Bagi yang tiada pengetahuan sebegini haruslah diberitahu. Tetapi yang pernah terkena itu apabila melihat orang lain, apalah salahnya memberitahu kaedah gulungan itu salah? Berat mulut ke untuk membantu menyampaikan ilmu yang berguna?

Di sini ditunjukkan cara-cara menggulung bagi semua jenis wayar termasuk notebook.

cable notebook

Sudut yang dibulatkan ini tidak digalakkan dibengkokkan sebaik-baiknya dibiarkan beberapa sentimeter sebelum mula membuat penggulungan.

cable notebook

Bagi kaedah ini boleh diguna pakai tetapi bulatan merah seharusnya dielakkan.

cable notebook

Selamat memberitahu tips ini kepada pengguna notebook yang lain.

Sumber dari UTHM.. (itinfo.uthm.edu.my)

No comments:

Post a Comment