Monday, April 27, 2009

File Sharing

Seperti yang anda ketahui sistem operasi Windows menyediakan "File Sharing", dan ramai sudah maklum tentang kegunaannya jika kita berada di dalam sesuatu rangkaian. Namun haruslah kita ingat teknologi yang disediakan itu janganlah kita sambil lewa menggunakannya tanpa berhati-hati. Tahukah anda dengan teknologi file sharing ini, terdapat virus dan trojan yang dicipta agar dapat menyelinap masuk dan mengambil data-data dalam komputer anda?
Antara virus yang menggunakan teknologi File Sharing untuk menyelinap masuk ke PC anda adalah Brontok, Beagle, Mydoom dan pelbagai jenis lagi. Tips yang terbaik adalah dengan membuka folder yang hendak di kongsi apabila perlu dan tutup semula apabila selesai menggunakannya .

Namun ada juga sesetengah dari kita yang agak malas untuk menutup kembali, malahan mereka tidak menyangka di dalam rangkaian ini terdapat beribu pengguna di kalangan staf dan juga mahasiswa yang suka melihat apa yang anda kongsikan. Bayangkan jika ada sesetengah pengguna itu berkongsi koleksi lagu, gambar peribadi,dokumen pejabat dan sebagainya. Secara tidak langsung kita dapat menilai individu tersebut dengan melihat apa yang dikongsikannya.
Ada segelintir di antara kita tidak sedar telah berkongsi bahan-bahan yang tidak sepatutnya dilihat oleh orang lain. Ianya umpama membiarkan pintu belakang rumah terbuka yang mana bakal mengundang kehadiran pencuri. Dari itu kongsikanlah data anda ketika perlu sahaja.

Petikan dari UTHM.. (itinfo.uthm.edu.my)

No comments:

Post a Comment