Sunday, May 10, 2009

Windows

“Windows could not start because the following file is missing or corrupt:
\system32\hal.dll.
Please re-install a copy of the above file.”

” Winnt_root>\System32\Hal.dll missing or corrupt:
Please re-install a copy of the above file.”

Jika pengguna mendapat error mesej berkenaan kehilangan atau kerosakan file hal.dll sebelum berjaya login ke Windows, ini mungkin disebabkan BOOT.INI di partition C: tidak dapat mencarinya. Kemungkinan file tersebut telah dibuang tanpa disedari ataupun fail ini rosak.

Sekiranya masalah ini berlaku, ini yang sepatutnya para pengguna lakukan:

1. Masukkan cd Windows XP dan bootkan cd tersebut
2. Selepas cd tersebut di BOOT, tekan R=Repair
3. Tekan nombor di mana pengguna meletakkan file Windows supaya proses pembaikan boleh dilakukan

4. Selepas pilih, anda perlu memasukkan

  • bootcfg /list Ini adalah untuk menunjukkan keseluruhan file BOOT
  • Kemudian taipkan bootcfg /rebuild ini adalah untuk membaiki os terbabit
  • Taipkan Exit dah restart
  • Keluarkan Cd

No comments:

Post a Comment