Sunday, January 31, 2010

Introduction To System Development/Software Life Cycle Models

The trends of increasing technical complexity of the systems, coupled with the need for repeatable and predictable process methodologies, have driven System Developers to establish system development models or software development life cycle models.
Nearly three decades ago the operations in an organization used to be limited and so it was possible to maintain them using manual procedures. But with the growing operations of organizations, the need to automate the various activities increased, since for manual procedures it was becoming very difficult, slow and complicated. Like maintaining records for a thousand plus employees company on papers is definitely a cumbersome job. So, at that time more and more companies started going for automation.

Since there were a lot of organizations, which were opting for automation, it was felt that some standard and structural procedure or methodology be introduced in the industry so that the transition from manual to automated system became easy. The concept of system life cycle came into existence then. Life cycle model emphasized on the need to follow some structured approach towards building new or improved system. There were many models suggested. A waterfall model was among the very first models that came into existence. Later on many other models like prototype, rapid application development model, etc were also introduced.

System development begins with the recognition of user needs. Then there is a preliminary investigation stage. It includes evaluation of present system, information gathering, feasibility study, and request approval. Feasibility study includes technical, economic, legal and operational feasibility. In economic feasibility cost-benefit analysis is done. After that, there are detailed design, implementation, testing and maintenance stages.

In this session, we'll be learning about various stages that make system's life cycle. In addition, different life cycles models will be discussed. These include Waterfall model, Prototype model, Object-Oriented Model, spiral model and Dynamic Systems Development Method (DSDM).
LESSON 29

Introduction to System Analysis and Design



29.1 INTRODUCTION

Systems are created to solve problems. One can think of the systems approach as an organized way of dealing with a problem. In this dynamic world, The subject System Analysis and Design, mainly deals with the software development activities.

29.2 OBJECTIVES

After going through this lesson, you should be able to:

understand a system
understand the different phases of system developments life cycle
know the components of system analysis
know the components of system designing
29.3 Defining A System

A collection of components that work together to realize some objective forms a system. Basically there are three major components in every system, namely input, processing and output.





In a system the different components are connected with each other and they are interdependent. For example, Human body represents a complete natural system. We are also bound by many national systems such as political system, economic system, educational system and so forth. The objective of the system demand that some output is produced as a result of processing the suitable inputs.

29.4 SYSTEM LIFE CYCLE

System life cycle is an organisational process of developing and maintaining systems. It helps in establishing a system project plan, because it gives overall list of processes and sub-processes required developing a system.

System development life cycle means combination of various activities. In other words we can say that various activities put together are referred as system development life cycle. In the System Analysis and Design terminology, the system development life cycle means software development life cycle.

Following are the different phases of software development cycle:

System study
Feasibility study
System analysis
System design
Coding
Testing
Implementation
Maintenance



sumber dari http://www.nos.org/htm/sad1.htm

Wednesday, May 20, 2009

Tuesday, May 12, 2009

TEST MOTHERBOARD

CARA PEMASANGAN KOMPUTER

8.1 PEMASANGAN UNIT BEKALAN KUASA

Bagi membuka kotak unit atau kekisi, kita perlu memastikan terlebih dahulu jenisnya iaitu samada dari jenis ATX ataupun AT. Ini amat perlu kerana kedua-kedua kaedah pemasangannya adalah berbeza. Bagi kekisi jenis ATX ia mungkin perlu dibuka dibahagian depan ataupun tepi sahaja, Manakala bagi kekisi jenis AT pula ia perlu dibuka pada bahagian belakang. Setelah dipastikan jenisnya, skru perlu ditanggalkan menggunakan pemutar skru Philipa. Kemudian ia diletakkan pada bekas yang mudah dilihat dan diambil bagi memastikan ia tidak hilang. Tarik penutup kebelakang dan perlu berhati-hati kerana ia merupakan besi yang agak tajam dan boleh melukakan tangan. Namun terdapat juga kekisi yang hanya dibuka dibahagian tepi sahaja.

Seterusnya masukkan Unit Bekalan Kuasa dengan berhati-hati ke dalam ruangan yang telah disediakan di bahagian dalam kekisi. Pastikan kedudukannya kukuh dan stabil di tempatnya kemudian baharulah ia diskru. Bagi memudahkan kerja, kita tinggalkan dahulu soal pemasangan Unit Bekalan Kuasa pada kekisi, Kita beralih kepada pemasangan pemacu. Lazimnya terdapat tiga pemacu utama iaitu pemacu cakera liut, pemacu cakera keras dan pemacu CD- ROM. Bagi pemacu cakera liut ia selalunya dipasang berdekatan dengan pemacu cakera kesesuaian serta kreativiti juruteknik. Pada pemacu ini terdapat dua jenis soket utamanya iaitu untuk disambung dengan cakera keras dan bekalan kuasa.


8.2 MEMASANG CAKERA KERAS.

RAJAH 4.2.1 : PEMASANGAN CAKERA KERAS

Seterusnya bagi cakera keras, biasanya ia di pasang dibahagian bawah pemacu cakera liut. Penyambungan untuk bahagian ini terdiri dari jenis ‘female’ dan ‘male’. Bagi jenis ‘female’ ia disambung dari bekalan kuasa kemudian ke pemacu cakera keras. Bagi jenis ‘male’ pula ia perlu disambung ke papan induk. Kedudukan wayar boleh dipastikan dengan melihat lubangnya atau warna. Warna merah menunjukkan nombor satu.

8.3 MEMASANG CAKERA LIUT

RAJAH 4.3.2 PEMASANGAN CAKERA LIUT

Begitulah juga dengan pemacu cakera liut. Pemacu cakera liut merupakan perkakasan yang berfungsi untuk membaca dan menyimpan data atau maklumat pada disket. Pemacu cakera dipasang pada kekisi dan dihubungkan dengan papan litar induk. Proses membaca dan menyimpan oleh penacu cakera liut adalah dengan cara pemutaran piring cakera bagi membolehkan kepala pembaca pada pemacu mencari maklumat.

8.4 MEMASANG CD ROM

RAJAH 4.4.3PEMASANGAN CD ROM

Kemudian bagi pemasangan pemacu CD_ROM pula, lazimnya disediakan ruang untuk penempatannya dan boleh dipilih mengikut kesuian keadaan. Terdapat tiga wayar utama yang perlu dimasukkan iaitu wayar bekalan kuasa, wayar dari papan induk dan wayar audio. Cara pemasangan wayar boleh dilihat pada CD-ROM itu juga kerana ia terdapat nombor dan abjad tertentu. Sebagai rujukan kita boleh menegakkannya di mana pemacu CD-ROM diatas sekali diikuti pula dengan pemacu cakera liut dan seterusnya cakera keras. Skru hendaklah dipasang dengan kejap dan kuat agar gegaran dapat dielakkan. Wayar pelompat juga perlu dipastikan pada keadaan

8.5 MEMASANG PAPAN LITAR INDUK (MOTHERBOARD)

RAJAH 4.5.4 PEMASANGAN PAPAN LITAR INDUK

Berbalik kita kepada papan litar induk tadi. Perlu dipastikan kedudukannya berpadanan dengan kekisi. Lubang pada kekisi perlu bersesuaian bagi memasang pelapik skru dan penjarak. Setelah skru dipasang, letakkan papan induk serta pelapik dan seterusnya skru kedua-duanya sehingga kejap. Pelapik selalunya dari jenis penebat. Ini perlu bagi mengelakkan berlaku sebarang litar pintas.

Sebelum ia dipasang pada kekisi, pastikan terlebih dahulu kabel-kabel perhubungan, pemproses, kipas penyejuk dan RAM siap dipasang. Konfigurasi papan induk boleh dirujuk pada manual yang diberi oleh pengeluar bagi memudahkan kerja. Kebanyakkan papan induk disiapkan konfugarasi samada dari jenis CMOS iaitu melalui perisian ataupun multi fungsi pada BIOS.

8.6 MEMASANG PROCESSOR

RAJAH 4.6.5 PEMASANGAN PROCESSOR

Processor perlu dipasang dengan cermat kerana ia adalah dari jenis sensitive dan kaki komponennya mudah patah. Bagi jenis Pentium II, Pentium III dan Celeron ia menggunakan soket ZIF (Zero Insention Force) atau soket 7 dimana ia berbentuk empat segi dan berlubang-lubang. Pemegang tepi perlu dibuka terlebih dahulu kemudian baru ia dipasang mengikut lubang-lubang bersesuaian. Selepas itu tutup pemegang tepi.

Seterusnya kipas penyejuk pula dipasang dibahagian atasnya. Ia perlu diketatkan dengan klip yang sedia ada. Namun sesetengahnya menggunakan soket satu. Lazimnya, untuk jenis ini kipas penyejuk ditempatkan bersama-sama pemproses. Ia perlu ditekan masuk kepada slot yang sedia ada dan mesti dalam keadaan rapat. Kemudian pengunci diletakkan di kedua-dua hujungnya. Kipas penyejuk diperlukan bagi memastikan pemproses tidak terlalu panas yang boleh mengakibatkan letupan ia juga mampu merosakkan papan litar induk.

Setiap processor perlu dibekalkan dengan kipas penyejuk. Kipas ini akan disambung ke unit bekalan kuasa dengan voltan sebanyak 5V, tetapi ada juga sesetengah kipas penyejuk yang di sambung terus menerus ke papan induk menggunakan kabel pada badannya.

8.7 MEMASANG RAM

RAJAH 4.7.6 PEMASANGAN RAM

Langkah seterusnya ialah memasang ingatan (RAM). Terlebih dahulu perlulah memastikan RAM dari jenis apa iaitu DIMM atau SIMM. Jika RAM tersebut adalah dari jenis SIMM ia hendaklah dipasang pada slot berwarna putih manakala bagi DIMM pula pada slot berwarna coklat yang lebih panjang.

RAM diletakkan pada slot berkenaan. RAM perlu dipastikan pada kedudukan betul. Ia perlu ditekan dengan kejap dan rapat ke slotnya. Bagi memastikan ia masuk kejap kita perlu menggunakan kedua dua belah tangan dimana kiri dan kanan ditekan secara bergilir-gilir. Ia juga perlu dipastikan pada slot yang betul iaitu berdasarkan nombor yang terdapat pada papan induk berhampiran slot tersebut.

8.8 MEMASANG KABEL-KABEL IDE

RAJAH 4.8.7 PEMASANGAN KABEL-KABEL IDE.

Peringkat yang seterusnya ialah pemasangan kabel-kabel perhubungan. Antara kabel-kabel tersebut ialah seperti kabel komunikasi yang terdiri dari COM 1 dan COM 2, kabel grafik. Kabel bunyi, kabel pemacu cakera liut dan kabel cakera keras. Namun sesetengah pemasangan tidak melibatkan kabel grafik atau bunyi kerana telah diganti dengan kad. Bagi pemasangan kabel-kabel ini terdapat beberapa tanda atau catitan pada papan litar induk dan rujukan juga boleh dibuat dari manual yang diberikan.

Apabila perkakasan dalaman komputer siap dipasang, dua kabel perhubungan iaitu kabel cakera keras yang dipasang pada IDE 1 dan kabel pemacu cakera liut akan dihubungkan terus dari papan induk ke cakera keras dan pemacu cakera liut. Kabel IDE 1 akan disambung ke cakera keras terlebih dahulu dan kemudian barulah ke pemacu CD-ROM. Bagi kabel pemacu cakera liut pula, ia akan disambungkan terus ke pemacunya berdasarkan soketnya yang telah dikhususkan.

Lazimnya kedua-dua kabel pemacu ini adalah dari jenis 40 pin dan wayar yang berwarna merah menunjukkan wayar pertama. OLeh itu pin 1 mestilah dipasang bertentang dengan wayar merah itu. Pemacu CD-ROM akan berkongsi kabel dengan cakera keras. Kabel-kabel ini mestilah dipasang dengan berhati-hati agar ia tidak merosakkan pin yang terdapat pada soketnya yang telah ditempatkan di atas papan litar induk.

8.9 MEMASANG KAD-KAD PAPARAN DAN KAD BUNYI

RAJAH 4.9.8 PEMASANGAN KAD BUNYI

Bagi pemasangan kad-kad adapter seperti kad paparan, kad bunyi dan modem pula, terdapat beberapa slot yang telah disediakan. Terdapat 3 jenis slot utama iaitu dari jenis PCI, ISA dan AGP. Kebiasannya dua yang utama sahaja yang seringkali digunakan iaitu slot PCI dan AGP. Penutup-penutup kad dibahagian belakang kekisi perlu dibuang terlebih dahulu dan kad-kad tadi dislotkan mengikut jenis slotnya. Kemudian barulah ia diskrukan rapat ke dinding tersebut. Bagi kabel perhubungan iaitu COM 1 dan COM 2 ia juga diskrukan rapat kebahagian belakang tersebut mengikut kesesuaian.

Seterusnya kabel kuasa akan dipasangkan ke bahagian-bahagian tertentu. Antaranya pemacu cakera liut, cakera keras dan pemacu CD-ROM. Cakera keras boleh berkongsi kabel IDE samada dengan pemacu cakera liut ataupun pemacu CD-ROM. Wayar-wayar yang selebihnya disimpul agar ia tidak menyemakkan keadaan dan manampakkan ciri-ciri kekemasan.

8.10 MEMASANG TETIKUS

RAJAH 4.10.9 PEMASANGAN TETIKUS

Tetikus dipasang pada soket COM 1( 9 pin ), ada juga sesetengah tetikus yang menggunakan soket jenis lain seperti soket P/S 2 dan soket USB. Walaupun berbeza dari segi soket, namun kegunaanya tetap sama Cuma memudahkan lagi pengguna kerana pengguna boleh menggunakan soket COM 1 ( 9 pin ) sebagai tempat MODEM. Ini adalah kerana sesetengah MODEM menggunakan COM 1 ( 9 pin ). Jadi pengguna tidak lagi perlu membeli ‘ conventer ‘ iaitu alat untuk menukar suatu soket 9 pin ke 24 pin. Kaedah membuat penyambungannya ialah :

· Masukkan tetikus pada soket COM 1( 9 pin ) l

· Letakkan tetikus pada pad tetikus

· Jika komputer sedang di ‘ ON ‘ kan komputer hendaklah di ‘ RESTART ‘ kan semula agar kehadiran tetikus jenis baru dapat dikesan.

8.11 PAPAN KEKUNCI

Pemasangan bagi papan kekunci adalah sama dengan cara memasang tetikus tetapi bentuk soket adalah berbeza. Soket ini telah siap sedia bersama dengan papan litar induk. Ia juga mempunyai 3 kenis soket sperti serial, p/s 2 dan USBS. Pemasangan pada soket papan kekunci mempunyai anak panah bagi menentukan arah yang betul untuk memasukkan soket pada papan kekunci. Perlu diingatkan bahawa soket ini mudah patah dan jangan menekannya terlalu kuat jika soketnya ketat.

8.12PEMERIKSAAN LANJUT

RAJAH 4.12.10 CASING YANG SIAP DIPASANG

Peringkat terakhir pemasangan sesebuah komputer ialah pemeriksaan atau pengujian. Ini amat perlu bagi memastikan ia dalam keadaan sempurna dan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan. Terlebih dahulu wayar pelompat pada papan induk mestilah berada dalam keadaan ‘ clear CMOS “. Jika terdapat modem maka wayarnya mesti berada pada soket yang betul dimana perkakasan ini mampu dikesan oleh komputer apabila dibuka nanti. Jika kedua-dua ini tidak berada pada keadaan yang betul. Komputer tidak akan mengeluarkan sebarang gambar atau tindakbalas.

Kemudian semua sambungan dari bekalan kuasa ke papan induk perlu diperiksa. Ram juga seharusnya ditekan dengan sempurna dan menepati slot yang telah ditetapkan. Kad-kad adapter perlu berada dalam keadaan baik dan rapat ke soketnya.

Processor juga perlur rapat dan sempurna serta wayar pada kipas penyejuk telah disambung dengan betul pada tempatnya. Pemacu-pemacu cakera juga dikunci kemas dan tidak mampu bergoyang akibat gegaran. Kabel kabel perhubungan iaitu kabel IDE. Kabel audio, kabel LED dan sebagainya juga diperhatikan penyambungannya agar sempurna. Setelah berpuas hati dengan pemeriksaan yang dijalankan, maka langkah seterusnya ialah menformat, SETUP dan INSTALL perisian-perisian yang diperlukan seperti WINDOW XP, WINDOW ME, WINDOW 98

Sunday, May 10, 2009

Windows

“Windows could not start because the following file is missing or corrupt:
\system32\hal.dll.
Please re-install a copy of the above file.”

” Winnt_root>\System32\Hal.dll missing or corrupt:
Please re-install a copy of the above file.”

Jika pengguna mendapat error mesej berkenaan kehilangan atau kerosakan file hal.dll sebelum berjaya login ke Windows, ini mungkin disebabkan BOOT.INI di partition C: tidak dapat mencarinya. Kemungkinan file tersebut telah dibuang tanpa disedari ataupun fail ini rosak.

Sekiranya masalah ini berlaku, ini yang sepatutnya para pengguna lakukan:

1. Masukkan cd Windows XP dan bootkan cd tersebut
2. Selepas cd tersebut di BOOT, tekan R=Repair
3. Tekan nombor di mana pengguna meletakkan file Windows supaya proses pembaikan boleh dilakukan

4. Selepas pilih, anda perlu memasukkan

  • bootcfg /list Ini adalah untuk menunjukkan keseluruhan file BOOT
  • Kemudian taipkan bootcfg /rebuild ini adalah untuk membaiki os terbabit
  • Taipkan Exit dah restart
  • Keluarkan Cd

Istilah IT

Ramai di antara kita yang masih keliru dengan istilah-istilah yang digunapakai dalam dunia siber hari ini. Berikut adalah definasi istilah-istilah yang sering kita dengar atau baca.

1.Spam
-Spam adalah satu cara di mana seseorang menghantar mel elektronik (email) dengan kuantiti yang terlalu banyak bertujuan untuk promosi dan pengiklanan kepada sesiapa sahaja yang menjadi mangsanya. Kebiasaannya, spammer memperolehi alamat email daripada blog, chat rooms, IRC, dan laman web.

2.Junk mail
-Junk mail adalah sejumlah besar mel elektronik yang tidak dikehendaki oleh penerima mel elektronik tersebut dan sering mendatangkan masalah apabila ia selalu memenuhi ‘mailbox’ penerimanya.

3.Shareware
-Shareware adalah perisian percubaan yang boleh dimuat turun secara percuma, tetapi hanya boleh digunakan dalam satu tempoh yang telah ditetapkan oleh pengeluarnya. Selepas tamat tempoh percubaan, pengguna boleh mempertimbangkan samada untuk membeli atau tidak perisian tersebut. Perisian percubaan ini adalah satu cara dimana pengguna dapat menilai sesuatu perisian itu sebelum membuat pembelian.

4.Freeware
-Freeware adalah perisian yang boleh dimuat turun atau diperolehi secara percuma dari internet. Walaupun perisian ini percuma, penciptanya masih memegang hak cipta dan ini bermakna ia tidak boleh dipinda atau dijual kepada mana-mana pihak. Penggunaan freeware adalah tidak terhad berbanding dengan shareware.


5.Open Source
-Perisian Open source adalah perisian percuma sama seperti freeware tetapi mempunyai sedikit perbezaan. Perisian Open Source membolehkan penggunanya melihat, mengubah ‘source code’ dan pengguna juga boleh mengedarkannya kepada sesiapa sahaja. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh mendapatkan menggunakan source code perisian sumber terbuka ini untuk menghasilkan satu produk dengan hakciptanya sendiri.

6.Spyware
-Spyware adalah sejenis perisian yang mengumpul maklumat pengguna melalui internet tanpa pngetahuan pengguna tersebut, kebiasaannya untuk tujuan pengiklanan oleh pihak ketiga. Spyware selalunya terlindung dan ia hadir bersama-sama freeware atau shareware yang dimuat turun dari internet. Apabila ia dimuat turun, spyware akan mengawal aktiviti pengguna dan menghantar maklumat pengguna kepada pihak ketiga. Setelah itu ia akan menghantar seberapa banyak iklan ‘pop up’ tanpa pengguna mengetahui dari mana Ia datang. Spyware juga boleh mengumpul maklumat seperti kata laluan, alamat mel elektronik dan juga nombor kad kredit. Spyware juga dipanggil adware.

7.Virus
-Virus adalah sejenis aturcara yang berbahaya dan ia berupaya membuat seberapa banyak salinan dan juga berupaya menyebar atau merebak. Kebanyakan virus komputer ini bersifat pemusnah. Virus bertindak dengan menumpangkan dirinya pada program yang lain. Apabila program tersebut dilaksanakan, virus yang menumpang padanya akan turut diaktifkan dan ia boleh menjangkiti dan lebih teruk lagi ia boleh merosakkan file dalam komputer. Virus tidak mengganggu rangkaian komputer dan lebar jalur(bandwidth).


8.Worm
-Worm adalah sejenis aturcara yang boleh membuat banyak salinan dirinya sendiri sama seperti virus. Berbeza dengan virus, worm bertindak bersendirian tanpa memerlukan pergantungan kepada sebarang program dalam komputer. Worm menyebarkan dirinya melalui rangkaian komputer dan memenuhi lebar jalur(bandwidth) sehingga menyebabkan sistem rangkaian menjadi terlalu perlahan dan tidak efisien.