Tuesday, April 28, 2009

Pasang, Format, dan Backup fail komputer

Hari ini, aku belajar perkara baru tentang perkakasan komputer..... aku juga belajar memasang dan memformat komputer... aku juga belajar cara untuk backup fail..

Monday, April 27, 2009

File Sharing

Seperti yang anda ketahui sistem operasi Windows menyediakan "File Sharing", dan ramai sudah maklum tentang kegunaannya jika kita berada di dalam sesuatu rangkaian. Namun haruslah kita ingat teknologi yang disediakan itu janganlah kita sambil lewa menggunakannya tanpa berhati-hati. Tahukah anda dengan teknologi file sharing ini, terdapat virus dan trojan yang dicipta agar dapat menyelinap masuk dan mengambil data-data dalam komputer anda?
Antara virus yang menggunakan teknologi File Sharing untuk menyelinap masuk ke PC anda adalah Brontok, Beagle, Mydoom dan pelbagai jenis lagi. Tips yang terbaik adalah dengan membuka folder yang hendak di kongsi apabila perlu dan tutup semula apabila selesai menggunakannya .

Namun ada juga sesetengah dari kita yang agak malas untuk menutup kembali, malahan mereka tidak menyangka di dalam rangkaian ini terdapat beribu pengguna di kalangan staf dan juga mahasiswa yang suka melihat apa yang anda kongsikan. Bayangkan jika ada sesetengah pengguna itu berkongsi koleksi lagu, gambar peribadi,dokumen pejabat dan sebagainya. Secara tidak langsung kita dapat menilai individu tersebut dengan melihat apa yang dikongsikannya.
Ada segelintir di antara kita tidak sedar telah berkongsi bahan-bahan yang tidak sepatutnya dilihat oleh orang lain. Ianya umpama membiarkan pintu belakang rumah terbuka yang mana bakal mengundang kehadiran pencuri. Dari itu kongsikanlah data anda ketika perlu sahaja.

Petikan dari UTHM.. (itinfo.uthm.edu.my)

Cara menggulung wayar Notebook

Ramai pembaca di sini sudah biasa menggunakan notebook samada pemberian Universiti mahupun hak milik peribadi. Namun ramai yang tidak tahu penjagaan sebenar dan kaedah menggulung wayar elektrik untuk notebook ini. Kabel wayar yang selalu digunakan untuk peralatan elektrik biasa, sememangnya disaluti tebal bagi mengelakkan ianya patah namun bagi notebook, wayarnya terlalu nipis, mudah terlipat dan lama-kelamaan hasilnya menjadi begini.

cable notebook

ataupun sebegini

cable notebook

Memang tiada niat sesiapa untuk merosakkan peralatan sebegini. Pengajaran menggulung kabel untuk mengelakkan terputus pun perlu di tunjuk ajar. Bagi yang tiada pengetahuan sebegini haruslah diberitahu. Tetapi yang pernah terkena itu apabila melihat orang lain, apalah salahnya memberitahu kaedah gulungan itu salah? Berat mulut ke untuk membantu menyampaikan ilmu yang berguna?

Di sini ditunjukkan cara-cara menggulung bagi semua jenis wayar termasuk notebook.

cable notebook

Sudut yang dibulatkan ini tidak digalakkan dibengkokkan sebaik-baiknya dibiarkan beberapa sentimeter sebelum mula membuat penggulungan.

cable notebook

Bagi kaedah ini boleh diguna pakai tetapi bulatan merah seharusnya dielakkan.

cable notebook

Selamat memberitahu tips ini kepada pengguna notebook yang lain.

Sumber dari UTHM.. (itinfo.uthm.edu.my)

Suasana Baru di tempat kerja.....

Pada 26 April 2009, aku telah menjalani Latihan dalam Industri di sebuah syarikat iaitu Inspirasi Digital yang terletak di kangar, Perlis.... Disini, aku didedahkan dengan pelbagai ilmu yang tidak aku ketahui... aku mendaftar diri pada pukul 10 pagi di syarikat tersebut, dan boss aku menunjukkan kawasan yang akan aku kerja nanti... pada sebelah petang, aku disuruh membuat perkara asas tentang komputer... dan hari ini, aku belajar banyak lagi perkara baru, iaitu cara berkomunikasi yang berkesan, cara mendapatkan peluang kerjaya di internet, dan membuat blog....

tentang diriku

Assalamualaikum..... pertama sekali aku ingin memperkenalkan diri aku... Nama saya Mohd Hamizan bin Hamzah.... aku dilahirkan pada 5 januari 1989 di Hospital Besar Alor Setar pada jam 10.30 pagi... Aku tinggal di Jitra pada masa ini... Aku mempunyai 4 orang adik beradik... aku anak yang kedua... aku mempunyai seorang abang dan dua orang adik perempuan...... aku mendapat pendidikan awal daripada mak aku dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi iaitu Tadika Perpaduan selama setahun dan Tadika KEMAS Pekan Jitra selama 2 tahun... Usiaku mencapai tujuh tahun dan aku sambung lagi belajar di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin... Aku sambung lagi belajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra pulak sampai aku habis SPM...... aku belajaq memandu masa aku tingkatan 4... Masa cuti lepas SPM dulu, aku pergi merantau ke negeri orang dengan menaiki motosikal yang diberikan oleh bapak aku.... dari utara sampailah ke selatan Malaysia, Cuti - Cuti Malaysialah katakan...... Setelah puas merantau, aku pulang ke kampung dekat Baling.... Di sana, aku bekerja di tanah milik mak aku.... aku mendaki bukit dan menebang pokok - pokok di hutan.... memang penat kerja tuuu..... selama sebulan aku kerja tebang pokok, berat badan aku menurun sebanyak 15 kilogram.... Setelah beberapa bulan menunggu tawaran belajar, akhirnya aku diterima belajar di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan ditawarkan Kursus Diploma Teknologi Maklumat pada tahun 2007..... Sekarang, sudah dua tahun aku belajar di KUIN, Semasa di sana, aku mendapat ramai kawan... diantara kawan - kawan aku ialah macha, ket, amar, abang jamm, mangkaq, akhi, zuwl, pit joe dan fizi... kawan - kawan pompuan aku xmau bgtawlah.... aku da menaruh hati pada seorang pompuan ni.... bdk kelas aku jugak lah.... kalau dia baca blog aku, sapa yang terasa tu dia lah orangnya.... Sekarang ni, aku tengah wat Latihan Industri kat Kangar... boss aku nama dia en Azizan... yang sorang lagi nama dia abang Rushdi.... boss aku ni memang stylo, otak teknologi katakn.... Semua dia taw, 2 yang best keja kat sini... banyak dapat informasi yang berguna.... kalau ada sapa - sapa yang nak dapat ilmu lebih, maila keja sini... ok setakat ni ja la yang aku dapat ceritakan, sebab aku pun xtaw lagi esok punya cerita apa nak jadi..... Jumpa lagi... Assalamualaikum........